Kasih sayang adalah medan tenaga berupa gelombang yang menyebar secara membulat dari dalam diri, ke luar sekeliling luar lingkungan. Dalam dunia nyata, kebakaran besar dapat dipadamkan oleh api bomba. Dalam pertempuran akal dan emosi, api dendam, permusuhan dan amarah dengan tangkas dapat dihancurleburkan oleh limpahan kasih sayang.
Gejala sosial serta salah laku remaja bila diselidiki, sebahagian besarnya berpunca daripada kurang mendapat kasih sayang dan bukannya kurang makanan. Gejala tersebut sering menular menjadi jenayah ganas yang mengancam keharmonian hidup masyarakat. Segalanya berlaku atas ketidaksedaran manusia bahawa kasih sayang adalah sumber penting kekuatan hidup.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 0 / 0 )Lihat Video :
http://www.youtube.com/watch?v=kMdOs0M0 ... re=related[/url]
Lin Dan pemain badminton China memiliki keyakinan untuk menang yang tinggi apabila beberapa kali menundukkan jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei. Keyakinan itu mungkin disebabkan kemahirannya lebih tinggi berbanding lawan. Dalam keadaan keyakinan yang tinggi, maka tekanan fikiran dan perasaannya menjadi agak rendah. Sejak awal servis pertama, gambaran kemenangan terlihat begitu jelas olehnya. Namun dari segi semangat, Datuk Lee Chong Wei dilihat mempunyai kelebihan. Cuma keyakinannya untuk menang mungkin 50-50 berbanding Lin Dan 90-10. Di sini keyakinan amat penting dalam menentukan sesuatu kejayaan. Ini hanya kes pertandingan badminton dunia.

Lihat Video :
http://www.youtube.com/watch?v=Y2mKuIh5 ... re=related
Michael Jackson sangat hidup apabila berada di pentas. Dia tidak langsung ada perasaan bimbang atau ragu ketika membuat persembahan, sehingga mampu memukau puluhan ribu penonton dalam satu-satu konsert. Segalanya begitu mudah dan spontan tapi sangat menjadi. Di atas pentas, keyakinannya atas apa-apa yang dipersembahkan sangat tinggi, sehingga mampu menguasai setiap inci pentas, menghayati setiap ton irama dan menarik perhatian setiap penonton. Namun jika meneliti kehidupan sehariannya yang sebenar, ia tidaklah secemerlang di atas pentas. Kehidupannya dipenuhi dengan berbagai konflik dan kontroversi. Maknanya keyakinan dirinya dalam menjalani kehidupan sebenar lebih rendah dari keyakinannya dalam dunia persembahan. Dengan kata lain, dia kurang berjaya dalam kehidupan sebenar berbanding dunia persembahan. Ini sekadar contoh keyakinan dalam bidang seni hburan.
Beberapa kesimpulan yang boleh diambil dari contoh-contoh tersebut ialah bahawa keyakinan adalah lawan kepada kebimbangan atau keraguan. Keyakinan adalah satu daya yang menggambarkan kepada diri bahawa kejayaan itu nampak jelas. Keyakinan juga menjadikan sesuatu tugas atau pekerjaan terasa mudah untuk dilakukan. Akhirnya, keyakinan diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu tidak sama dengan keyakinan seseorang dalam berkomunikasi atau menjalani kehidupan.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 0 / 0 )UNTUK CATATAN TERBARU, SILA KLIK DI SINI...
PEMBERITAHUAN:
Atas sebab-sebab teknikal laman IESQQ 99 akan berpindah buat sementara waktu ke pautan berikut ;
http://www.iesqq99.net/
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 0 / 0 )Ketrampilan dalam Komunikasi
July 5th, 2010
Ketrampilan diri merupakan satu elemen penting dalam komunikasi. Ia adalah cara kita membina karakter diri dalam berhadapan dengan orang sekeliling. Ketrampilan diri harus dipelajari, diusahakan dan dipertingkatkan.
Pandangan umum menganggap penampilan diri sekadar solekan wajah, fesyen pakaian dan aksesori diri. Objektifnya pula tertumpu untuk menonjolkan diri secantik mungkin pada pandangan orang sekeliling. Namun elemen yang sering terabai ialah dari segi cara berfikir dan mengendalikan perasaan bila berhadapan dengan orang sekeliling.
Mengendalikan fikiran dan perasaan adalah langkah internal sebelum, semasa dan selepas berkomunikasi. Dalam kehidupan seharian kita akan sentiasa nampak orang, menegur orang, berbual, memujuk, bertanya dan berbagai lagi situasi komunikasi. Jika kita tidak bersedia dengan satu standard atau tahap penampilan diri eksternal dan internal, ditakuti situasi komunikasi itu yang akan menjejaskan ketenangan fikiran dan perasaan sendiri.
Ketrampilan diri bukanlah untuk menonjolkan diri tetapi untuk mengendalikan diri berhadapan dengan situasi sekeliling. Pengendalian diri pula harus berpusat dari fikiran dan perasaan serta disokong secara fizikal dengan elemen kekemasan dan kebersihan diri. Kita tidak dapat menolak risiko berhadapan dengan berbagai orang atas berbagai situasi dan tujuan. Orang sekeliling kita itu pula berbeza-beza dari segi pangkat, umur, kedudukan, sikap dan hubungan.
Kalau ketrampilan kita jenis pasif dan tertutup, komunikasi kurang berjaya. Tujuan kita tidak mudah dicapai sementara kepuasan orang lain akan rendah. Sebaliknya jika ketrampilan kita jenis aktif dan terbuka, tujuan komunikasi akan mudah dicapai dan orang lain akan puas hati.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 0 / 0 )Ketahuilah bahawa terlalu banyak benda dan perkara yang tercipta mengandungi unsur berpasangan. Antaranya siang dan malam mewakili waktu, kiri dan kanan mewakili kedudukan, lelaki wanita mewakili jantina manusia dan seterusnya. Satu lagi unsur berpasangan yang sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia ialah POSITIF dan NEGATIF.
Dalam ilmu sains tulin, positif dan negatif merujuk kepada ion atau cas. Ion atau cas positif dan negatif ini pula dikaitkan dengan daya-daya tertentu yang terdapat dalam berbagai benda alam fizikal. Pandangan umum melihat ion positif dan negatif ini sekadar penemuan dan hanya wujiud secara pasif. Namun para saintis merujuknya sebagai fenomena penting yang berimpak besar kepada kehidupan. Panahan kilat halilintar yang disusuli dentuman guruh yang hebat itu bukanlah hasil daripada produk ciptaan manusia bernilai ratusan juta ringgit. Ia berlaku sekadar pertembungan cas-cas negatif atau positif pada wap-wap air awan di atmosfera bumi. Produk-produk canggih berasaskan fizik dan kimia daripada bateri kereta sehinggalah teknologi nuklear tidak terlepas daripada manipulasi terhadap ion atau cas positif dan negatif. Di peringkat ini tidak dapat ditentukan mana yang lebih baik sama ada positif atau negatif kerana masing-masing ada peranan serta saling melengkapi.
Ahli-ahli psikologi dan sains kemanusiaan pula melihat positif dan negatif daripada sudut fikiran, perasaan, sikap dan tindakan manusia. Pada peringkat ini impaknya menjadi lebih hebat kerana kesilapan memilih salah satu akan menyebabkan kemusnahan. Contohnya jika pembinaan dan pembangunan reaktor tenaga nuklear didasarkan atas niat negatif, maka tak mustahil bumi ini akan binasa. Di sini, yang sebenarnya menjadi penghancur bukanlah senjata nuklear tetapi adalah fikiran atau niat negatif. Sementara itu fikiran dan tindakan positif pula mampu menyelamatkan planet bumi, contohnya semua negara termasuk kuasa-kuasa besar dunia berfikiran positif, lalu membuat resolusi di PBB bahawa senjata nuklear harus diharamkan dan dihapuskan. Kuasa yang menyelamatkan bumi bukanlah resolusi PBB, tetapi fikiran dan niat positif. Bayangkan, hanya sekadar pembuat-pembuat keputusan memilih untuk berfikir dan bertindak secara positif, kesannya adalah keamanan sejagat.
Jelaslah bahawa fikiran, perasaan, sikap dan tindakan positif atau negatif itu sangat memberi impak terhadap kehidupan. Terpulanglah kepada manusia untuk membiarkan elemen negatif terus berleluasa dalam diri, komuniti dan organisasi atau memilih positivisme sebagai tenaga hebat pemangkin kecemerlagan.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 0 / 0 )Beruntunglah bagi orang yang mampu memotivasikan dirinya sendiri, bila-bila masa dikehendaki atau sepanjang masa. Golongan ini telah mengenal pelbagai elemen rasa dan perasaan yang bersimpang-siur dalam diri. Mereka sentiasa peka terhadap setiap gerak perubahan emosi diri, lalu melakukan kawalan kendiri. Dalam situasi-situasi yang mengundang perasaan negatif, dirinya mampu bangkit menafikannya, memunculkan daya semangat, mengembangkannya, sehingga akhirnya bergaerak sebagai peribadi bermotivasi. Lebih hebat lagi jika dia turut mampu memotivasikan peribadi-peribadi lain di sekitarnya. Maka jadilah dia umpama satu sumber tenaga alamiah yang mampu menggerakkan diri sendiri dan orang lain.

Simpatilah kepada golongan yang masih perlukan orang lain untuk memotivasikan diri. Sekurang-kurangnya dalam hatinya ada kehendak untuk menjadi lebih bersemangat, itu pun sudah menguntungkan. Seterusnya, menjadi tanggungjawab pula orang-orang bermotivasi untuk membantunya. Di sini teknik dan kemahiran diperlukan untuk membangkitkan seseorang yang kurang bersemangat kepada yang lebih bersemangat. Ini satu sains kemanusiaan dan seni pembangunan diri yang perlu dipelajari.
Secara umum, antara teknik membangunkan semangat ialah seperti penghargaan, memunculkan harapan, menjelaskan faedah, mengiktiraf kelebihan dan sebagainya.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 0 / 0 )Semangat dalam bahasa mudah adalah kekuatan atau daya yang menentukan kualiti dan kuantiti sesuatu tindakan atau perlakuan. Datuk Lee Chong Wei memenangi banyak pertandingan badminton kerana beliau memiliki semangat yang tinggi semasa bermain. Walaupun faktor stamina dan kemahiran turut menentukan, namun faktor semangat lebih menonjol dan dominan dalam menentukan kemenangannya. Di sini beliau meraih kesan-kesan kualiti iaitu menang pertandingan dan kuantiti iaitu menang banyak pertandingan. Kes Lee Chong Wei merupakan kes sukan di mana faktor semangat yang tinggi menghasilkan kemenangan.

Dalam kes pekerjaan seharian, keperluan semangat menjadi lebih penting. Ini adalah kerana pekerjaan seharian melibatkan kualiti dan kuantiti produk, hubungan pelanggan, hubungan staf, pengurusan organisasi serta pencapaian visi.Sering kali program-program meningkatkan kemahiran, mutu dan etika kerja menjadi tumpuan organisasi dalam usaha meningkatkan produktiviti serta kecemerlangan organisasi. Namun masih sedikit yang melihat program meningkatkan semangat sebagai satu pendekatan yang lebih berkesan serta memberi impak sehingga beberapa kali ganda.
Apa yang disebut sebagai motivasi itu tidak lain adalah semangat. Semangat itu satu bentuk tenaga terpendam dalam diri yang sering tidak disedari ketersembunyiannya. Disebabkan tidak disedarilah maka ia tidak dapat difahami, dikeluarkan dan dihidupkan. Jika seseorang itu telah berjaya menyedari serta memahami apa itu semangat, maka mudahlah saja dia mengeluarkan, merasakan serta menghidupkannya. Jika seseorang tidak mampu menyedari dan memahami sendiri semangatnya, maka dia perlu meminta bantuan dari pakar semangat, iaitu yang sering digelar sebagai pakar motivasi.

Sering kita dengar testimoni seseorang peserta yang baru tamat mengikuti program motivasi tiba-tiba berubah menjadi pekerja yang lebih bersemangat, malahan ada yang lebih bersemangat juga dalam menjalani kehidupan seharian. Anngapan umum adalah bahawa peserta itu telah mendapat semangat baru daripada program dan pakar motivasi yang memberi ceramah. Hakikat sebenar ialah peserta itu bukanlah mendapat semangat baru dari luar diri, tetapi telah berjaya mengeluarkan daya terpendam bernama semangat dari dalam dirinya sendiri. Program dan pakar motivasi hanya bertindak membimbing sehingga dia mampu menyedari kewujudan semangat itu dalam dirinya. Setelah menyedari kewujudannya, barulah dia dapat memahami serta merasai betapa hebatnya kesan daya tersebut dalam segala gerak dan tindakan. Huraian-huraian tersebut adalah jawapan penting kepada kes-kes orang kurang semangat, tidak bersemangat dan hilang semangat.

Justeru istilah 'memilki semangat yang tinggi' tidak lagi relevan untuk orang-orang yang cemerlang kerana semua orang memiliki 'semangat yang tinggi'. Bezanya ialah orang yang cemerlang itu telah berjaya membongkar, membakar serta menghidupkannya sementara orang kurang cemerlang masih menyimpannya sebagai tenaga terpendam.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 0 / 0 )
Senarai Catatan



