Idea itu bukan muncul sebagai perkataan atau keterangan yang deskriptif, tetapi kemunculannya seperti lintasan cahaya sahaja, tetapi sudah cukup memuaskan sebagai suatu jawapan. Proses berikutnya ialah menterjemahkan idea itu melalui pembuktian, samada dengan hujah bahasa atau ujikaji saintifik.

Mentol ciptaan Thomas Alva Edison bukanlah idea asalnya, sebaliknya hanya hasil yang diperolehi daripada lebih 5000 cubaan ujikaji pembuktian. Idea yang asal ialah filamen halus logam tertentu yang dipanaskan dalam ruang vakum. Jika idea tersebut diperolehi semasa Thomas Alva Edison sedang meneroka idea, maka ia dinamakan idea minda sedar. Sebaliknya jika ia muncul ketika beliau tidak memikirkannya, maka ia adalah idea minda bawah sedar atau minda intuitif. Minda intuitif inilah yang telah melahirkan idea-idea hebat dunia yang telah banyak merubah lanskap bumi dan cara kehidupan manusia.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )Satu lagi kekuatan dalam diri manusia yang jarang disedari adalah elemen ridha. Secara umum, ia merupakan penerimaan hati atas kehilangan sesuatu yang sangat disayangi atau atas sesuatu kejadian yang menimpa diri. Ridha adalah satu bentuk tenaga yang meliputi tubuh tatkala jiwa berperang menentang kekecewaan atau kepedihan. Dengan munculnya tenaga ridha dalam diri, maka berupayalah seseorang itu melepaskan diri dari bahang kekecewaan lalu dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tabah. Sebaliknya jika tenaga ridha itu tidak wujud dalam diri, nescaya seseorang itu tiada pilihan lain kecuali terus hanyut dalam arus kecewa atau dendam kesumat. Ada kalanya kekecewaan tersebut mampu merosakkan daya rasional otak, sehingga akhirnya diri terlantar dalam zon hilang akal.
Ridha terhadap sesuatu yang berlaku dalam lingkungan diri sendiri itu adalah kecerdasan yang paling asas. Selain dari memiliki tenaga ridha yang muncul dari dalam diri, seseorang juga perlu mendapat ridha dari makhluk-makhluk dari sekelilingnya. Seorang anak yang mendapat ridha sepenuhnya daripada kedua ibu bapanya akan lebih mudah menjalani kehidupan berbanding dengan anak yang tidak direstui ibu bapa. Sokongan moral kawan-kawan juga merupakan satu bentuk tenaga ridha. Sering kita mendengar seorang ahli sukan, ahli politik atau karyawan mengaitkan kejayaannya dengan personal-personal tertentu yang memberi dorongan dalam perkembangan kariernya.
Justeru, jika kita ingin mengharapkan ridha dari orang lain, maka kita juga harus belajar ridha terhadap orang lain. Segala proses meridhai dan diridhai ini adalah laluan penting untuk mendapat tenaga paling agung iaitu Ridha dari Allah Subhanahu Wata'ala..
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )Salah satu keajabaian minda ialah kemampuannya mencipta idea-idea baru. Benda atau tatacara hidup baru yang sentiasa muncul setiap saat di seluruh dunia adalah hasil dari proses minda yang dipanggil kreativiti. Minda kreatif ialah daya fikir yang sentiasa meneroka idea-idea baru, sama ada untuk menyelesaikan permasalahan urusan dunia, mahupun memenuhi naluri ingin merasai pengalaman baru dalam menjalani kehidupan.

Aktiviti kreatif tidak akan berlaku dalam keadaan fikiran yang tertekan atau peraasaan bimbang. Minda harus dalam keadaan tenang dan santai, tidak dikongkong oleh desakan masa dan situasi. Dalam teklnologi gelombang otak menggunakan alat Electro Encephalo Graph (EEG), minda harus berada pada keadaan Alpha (8-13 kitaran per saat). Proses kreatif tidak berlaku pada otak yang sedang sibuk, tertekan atau tertumpu pada sesuatu perkejaan iaitu pada keadaan Beta (13- 40 kitaran per saat). Maka, sentiasalah melatih otak anda dalam keadaan santai, untuk menjadikan minda anda lebih kreatif.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )Apabila anda berimaginasi, itu bukanlah satu kerja yang tiada makna atau sia-sia. Imaginatif dikaitkan dengan membayangkan sesuatu dalam fikiran, dan sering dianggap aktiviti spontan yang tak penting. Padahal membayangkan sesuatu itu adalah satu aktiviti melihat menggunakan penglihatan dalaman yang berpusat di otak kanan. Semasa berimaginasi (istilah lain ialah 'bervisualisasi'), ada mata yang melihat dan perkara atau objek yang dilihat. Gambaran yang terlihat bergantung kepada koleksi memori serta pengalaman si pengimaginasi.

Albert Einstein melahirkan idea hebat kerana mempunyai daya imaginasi yang tinggi, yang disepadukan dengan daya logik-rasional (otak kanan + otak kiri).
Lambakan filem-filem Hollywood dan Hong Kong yang bernilai ratusan juta ringgit adalah hasil dari aktiviti imaginatif yang tinggi. Walaupun nilai dan moral dalam filem-filem itu kebanyakannya tidak menyumbang kepada perkembangan minda sebaliknya berpaksi kepada hiburan fantasi, ironinya ialah bahawa kuasa imaginatif telah menjana bukan sahaja suatu industri komersial antarabangsa malah pengaruh budaya sejagat. Alangkah baiknya jika kuasa imaginatif itu digunakan seluruhnya untuk menghasilkan filem-filem yang beroientasikan keamanan dunia dserta kasih sayang sejagat.
Seseorang yang kerap berada dalam situasi berimaginatif mempunyai kelebihan berbanding orang yang imaginasinya rendah dan terkongkong dalam persekitaran nyata yang serba fizikal. Dari suatu sudut pandang, apa yang terlihat dalam imaginasi adalah lebih tepat daripada apa yang terlihat pada masa kasar. Ini kerana sebahagian besar ciptaan-ciptaan fizikal yang terlihat itu sebenarnya berasal dari alam imaginatif, yang kemudian digaul dengan kuasa kreatif untuk dijadikan ciptaan-ciptaan fizikal.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 10 )Setiap pekerja dianggap mahir atau pakar dalam bidang tugasnya. Pekerja A mungkin tidak mahir akan pengetahuan serta kemahiran pekerja B kerana jenis serta bidang tugas yang berlainan. Namun kedua-dua pekerja boleh betukar bidang kerja serta menguasai kemahiran baru, jika kedua-dua mempunyai daya fikir yang sama. Daya berfikir yang diperlukan untuk kemahiran bekerja itu ialah daya analitik-teknikal.
Daya analitik ialah kemahiran berfikir secara memperincikan sesuatu perkara atau benda itu kepada pecahan-pecahan yang paling kecil. Kemahiran berfikir ini mampu menyelongkar segala komponen yang membentuk benda atau perkara itu. Daya teknikal pula adalah berkaitan sistem kerja atau aturan perjalanan secara berturutan yang membolehkan sesuatu benda atau perkara itu beroperasi. Kesimpulannya, daya analitik-teknikal ialah kemahiran berfikir yang mampu memperincikan segala komponen sesuatu benda atau perkara serta sistem kerja yang menyebabkan ia berfungsi. Segala jenis pekerjaan memerlukan daya analitik-teknikal ini, di samping campur tangan daya-daya berfikir jens lain.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 10 )Logik-Rasional adalah salah satu kemahiran berfikir yang berpusat di otak kiri. Kemahiran ini sentiasa menyelongkar hakikat sesuatu benda atau perkara itu melalui pembuktian saintifik dan aritmetik serta hujah rasional.Kemahiran ini sentiasa berusaha mengungkapkan berbagai misteri alam melalui pertanyaan-pertanyaan apa, mengapa, bagaimana, siapa, bila dan berapa. Tujuan atau fungsi utama kemahiran ini adalah untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau lintasan-lintasan pertanyaan tentang berbagai fenomena alam. Selain itu, kemahiran ini sangat penting dalam membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan.
Antara modus operandi kemahiran ini ialah memerhati, mencari perkaitan, membanding, menguji kaji, mengukur, menganalisis, membuat hipotesis dan membuat teori. Secara evolusi, kemahiran otak jenis ini telah melahirkan berbagai disiplin ilmu seperti sains tulin, matematik, sains sosial, perundangan, psikologi, perubatan, kejuruteraan, astronomi, bahasa dan lain-lain yang seumpamanya. Orang-orang yang memiliki kemahiran tinggi logik-rasional ini dianggap golongan profesional kerana mampu membuat penyelesaian serta keputusan dalam bidang pengkhususan masing-masing. Logik-rasional adalah yang pernah mencetuskan revolusi perindustrian, era teknologi maklumat serta gaya hidup pintar terkini. Malangnya logik-rasional jugalah yang meletakkan manusia terpinga-pinga dalam kecanggihan jenayah, ancaman senjata nuklear dan fenomena ketidakseimbangan alam.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 10 )Apabila Putera Siddharta Gautama keluar dari tembok istana untuk mencari kebenaran, pemandangannya tertumpu kepada berbagai kepelikan, berupa kesengsaraan dan penderitaan rakyat marhain. Pemandangan itu begitu menggoncang hebat perasaan empati, sehingga riwayat seterusnya menyaksikan beliau meninggalkan serta menanggalkan hidup kebangsawanan. Beliau terus menjadi sebahagian dari rakyat bawahan dan berkelana mencari makna hidup, lalu akhirnya menemui sesuatu yang sehingga sekarang bertukar menjadi sebuah ajaran agama.
Misi kemanusiaan ke Gaza Palestin mengandungi kekuatan kapal Mawi Marmara, bahan bantuan bernilai jutaan ringgit serta 700 ahli NGO. Kekuatan semangat pula menjadikan mereka begitu berani menentang pencerobohan komando-komando Israel, walaupun 9 orang gugur syahid. Namun segalanya itu bukanlah kekuatan sebenar, kerana ada kekuatan lain yang menggerakkannya. Kekuatan itu adalah empati, sejenis perasaan yang amat sensitif terhadap penderitaan serta kesengsaraan orang lain. Penderitaan rakyat Gaza telah dengan mudah dibaca oleh ratusan ribu manusia berempati tinggi di seluruh dunia. Empati itulah yang sebenarnya telah menggerakkan misi kemanusiaan ke Gaza.
Kedua-dua kes itu digerakkan oleh tenaga empati, yang lebih hebat dari simpati. Simpati hanya muncul seketika bila seseorang menyaksiakan kes kematian, kemalangan dan bencana alam. Empati itu pula adalah tenaga penggerak yang konsisten kerana sentiasa terpancar dalam semua keadaan.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 10 )
Senarai Catatan



