Apakah sabar sekadar itu sahaja? Jawapannya tidak, kerana sabar memerlukan kajian serta eksplorasi yang lebih mendalam. Ia adalah satu kemahiran yang amat halus untuk difahami, diamalkan serta disebatikan dalam diri. Penyebatian sabar ini menjadikan seseorang itu lebih mampu untuk membentengi diri dari dikuasai oleh anasir-anasir kecewa, putus asa dan marah. Malah sabar adalah elemen pencegah keganasan atau gejala hilang akal yang paling berkesan. Individu yang memiliki kesabaran juga merupakan 'doktor pakar' bagi penyakit kecewa dan marah.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )Secara fizikal, otak adalah benda nyata yang boleh dilihat, dirasa dan dibuktikan secara saintifik. Namun secara hakikat, otak manusia yang sebenar adalah bersifat ghaib, bila mengambil kira fungsi serta cara ia bekerja. Otak fizikal yang terlihat itu hakikatnya hanya terjemahan atau salinan daripada otak yang ghaib. Kera juga mempunyai struktur otak yang hampir sama dengan manusia, namun mengapa ia tidak dapat berfikir seperti manusia? Perbezaannya ialah manusia mempunyai kemampuan berfikir, sementara kera tidak. Justeru, 'kemampuan berfikir' itulah hakikat otak yang sebenar, bukannya benda bulat yang bernama otak. Dan panggilan yang lebih tepat untuk otak yang sebenar ialah 'akal fikiran'.
Dengan akal fikiran itulah manusia dapat memberi makna kepada apa yang dilihat dan didengar. Sebaliknya anjing dan kucing hanya dapat menginterpretasi perkara yang dilihat atau didengar itu sama ada berbentuk ancaman atau kesenangan. Haiwan tidak mampu memahami atau menjelaskan makna yang tersirat daripada yang tersurat. Ini kerana mereka tidak memiliki akal fikiran, walaupun memiliki otak. Maka, pembedahan saintifik tercanggih sekalipun tidak akan menemukan hakikat otak yang sebenar. Jawapan yang mungkin paling dipercayai adalah hasil dari seribu eksplorasi oleh ahli-ahli psikologi serta para pengkaji tingkah laku manusia.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )
Mari kita mulakan eksplorasi mengenal otak melalui struktu fizikalnya. Dari pandangan atas, kelihatanlah otak terbelah kepada dua. Para ilmwan menggelarnya hemisfera kiri, hemisfera kanan atau otak kiri otak kanan. Otak kiri mempunyai jaringan saraf yang berhubungan dengan anggota badan sebelah kanan. Otak kanan pula mempunyai jaringan saraf dengan anggota badan sebelah kiri.
Kedua-dua belah otak sentiasa aktif bekerja sejak pemiliknya bangun tidur pagi hingga masuk tidur malam. Setiap saat beribu-ribu impuls saraf menerima rangsangan daripada deria-deria luaran seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan kulit, perasa lidah serta bau-bauan. Rangsangan-rangsangan dalaman pula terdiri daripada lintasan fikiran, memori, suara hati, idea intuitif, mimpi dan ilham. Kesemua rangsangan tersebut adalah input-input yang akan diproses oleh kedua-dua belah otak sebagaimana CPU memproses input-input yang dimasukkan melalui tetikus atau papan kekunci. Hasil pemprosesan adalah interpretasi maklumat samada untuk tindakan atau disimpan sebagai pengetahuan dalam kotak memori.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )
Jika ada sesiapa bertanya, siapakah yang memainkan peranan utama menjadikan urusan dunia semakin maju dan canggih melalui berbagai penemuan serta ciptaan? Jawapannya bukan Alexander Graham Bell, Thomas Alva Edison, Albert Einstein atau Bill Gates. Jawapan sebenar sejak zaman manusia membuat inovasi ialah sebiji 'bola' lembut bernama otak.
Kecemerlangan otaklah yang menemukan hukum relativiti dan juga filamen mentol untuk menerangi kegelapan malam. Cuma secara kebetulan otak itu ditakdirkan berada dalam tempurung kepala Albert Einstein dan Thomas Alva Edison.
Secara anatomi struktur fizikal otak orang lain sama saja dengan otak ahli-ahli penemuan tersebut. Perbezaannya terletak pada kemampuan kerja dan output kerjanya. Tidaklah wajar menyalahkan perbezaan itu kerana ia berkaitan dengan asbab-asbab genetik serta persekitaran. Dan asbab paling utama ialah semata-mata anugerah serta manifestasi keagungan Sang Maha Pencipta.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )Umpama CPU sebuah komputer, otak bertindak menerima berbagai input luaran dan dalaman tubuh. Otak memproses segala input untuk dijana semula sebagai arahan dan maklumat. Segala arahan akan diserah kepada hati (kehendak) dan dijalankan dengan pantas oleh tubuh. Segala maklumat pula akan disimpan dalam sistem memori, sebagai ingatan jangka panjang atau pendek.
Otak berhubungan dengan sistem saraf tubuh yang berhubung pula dengan 5 sistem deria. Memahami fungsi otak dan cara ia bekerja amat penting kepada setiap individu manusia yang memilikinya. Pemahaman ini dapat membantu individu tersebut untuk berfikir serta bertindak dengan lebih betul, tepat dan berkesan.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )Kita tidak dapat lari dari mempunyai tiga jenis kecerdasan dalam diri iaitu IQ, EQ dan SQ. Perbezaan kepada setiap orang, sama ada memahami atau tidak serta menyedari atau tidak kewujudan potensi-potensi tesebut.
Perbezaan seterusnya ialah sama ada kecerdasan-kecerdasan itu telah terserlah atau masih terpendam. Dan sama ada ketiga-tiga kecerdasan itu berkembang secara seimbang, serentak atau salah satu sahaja yang dominan.
Apapun perbezaan antara setiap orang, IQ, EQ, SQ harus dikenali, dipelajari serta dikembangkan atas inisiatif sendiri. Risiko kerugian akibat gagal untuk memahami ketiga-tiga potensi ini adalah bahawa 'Anda tidak menggunakan langsung khazanah berharga yang anda sendiri miliki'.
CATATAN
Untuk maklumat mengenai tarikh terbaru bengkel, sila klik 'Hubungi' .
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )Sejak istilah EQ diperkenalkan oleh Daniel Coleman pada tahun 1995, ia terus meledak menjadi satu fenomena dunia yang amat penting dalam bidang perkembangan manusia. Secara umumnya ia merupakan kecerdasan diri yang berkait rapat dengan hubungan sesama manusia yang merangkumi bidang komunikasi, kepimpinan serta motivasi. Fenomena ini selaras dengan gagasan "hablumminan nas" dalam Islam.
[ Hantar Komen ] | Baca |




( 3 / 5 )
Senarai Catatan



