Gempur Diri 
Perjuangan sebenar ialah perjuangan memproses diri sendiri. Tujuan memproses diri adalah untuk kembali kepada fitrah kejadian dan mendapatkan makna "Manusia itu dicipta sebagai sebaik-baik kejadian". Masalahnya kita telah lupa dengan asal-usul kejadian kita dan malangnya tidak mengenal pun siapa kita, ke mana tujuan kita dan di mana akhir perjalanan kita.
Justeru, kerja-kerja membongkar rahsia-rahsia diri adalah tugas besar yang bukan boleh dijadikan kerja sampingan. Malah ia patut dijadikan matlamat, seolah-olahnya dalam peperangan, sama ada kalah atau menang perang. Oleh kerana peri pentingnya tugas ini, wajarlah ianya dijadikan sebagai suatu bentuk perjuangan, dan laungan yang harus bergema dalam atmosfera jiwa kita adalah "Gempur Diri !".

[ Hantar Komen ]   |  Baca  |   ( 3 / 5 )
Kesabaran 
Kesabaran itu umpama mahkota indah bertatahkan intan permata. ia adalah lambang kemuliaan dan kejayaan bagi makhluk yang bernama manusia. Bukan semua orang berjaya meraih mahkota gemerlapan ini. Yang berjaya memilikinya ialah orang yang dapat bertahan daripada perasaan marah, kecewa dan terburu nafsu, apabila sesuatu ujian atau situasi mencabar ditimpakan ke atas mereka. Malah jika ada billionaire terkaya di dunia ini, seluruh hartanya pun masih tak mampu membayar harga sebuah kesabaran.

[ Hantar Komen ] ( 3 paparan )   |  Baca  |   ( 2.7 / 30 )
Kenapa Mengenal Diri  
Kehidupan ini persis teka-teki. Satu teka-teki besar adalah "Siapa diri kita?". Jika ini terjawab, barulah beberapa persoalan akan terjawab iaitu "Ke mana tujuan kita?" dan "Di mana akhir perjalanan hidup ini?".
Jawaban teka-teki tersebut akan memantulkan jawaban kepada satu lagi teka-teka agung iaitu siapa "Yang Menciptakan kita?" Secara ringkasnya, kita sebagai yang dicipta harus berusaha mengenal diri, bagi meneroka "Perbendaharaan Yang Tersembunyi", dalam mencapai matlamat akhir iaitu mengenal "Yang Maha Pencipta".

[ Hantar Komen ]   |  Baca  |   ( 3 / 25 )
IQ 

Menyentuh tentang perkembangan diri, ramai individu yang bermula dengan pendekatan IQ (Intelligent Quotient), iaitu kecerdasan yang berkait rapat dengan kemampuan minda atau otak. Tidak salah memulai usaha pembangunan diri melalui pendekatan IQ, malah digalakkan. Cumanya setiap individu yang ingin menjalani perkembangan diri harus sedar bahawa terdapat beberapa lagi pendekatan yang semakin relevan dan dominan, iaitu EQ dan SQ.

[ Hantar Komen ]   |  Baca  |   ( 2.9 / 26 )
Pengetahuan tentang Rahsia  
Dalam satu pertentangan antara dua pendekar terbilang tentunya tidak mudah untuk setiap seorang dari mereka untuk tewas dan menewaskan. Masing-masing mempunyai kemampuan pertahanan berbeza lantaran datang daripada perguruan yang berbeza. Masing-masing akan menggunakan segala kekuatan jasmaniah serta batiniah yang dimiliki hasil dari pembelajaran serta latihan yang gigih semasa latihan perguruan. Pembelajaran dan latihan itulah yang menghasilkan suatu bentuk kekuatan yang dinamakan Pengetahuan atau Ilmu. Dalam kes ini, pengetahuan yang mereka peroleh ialah ilmu persilatan.
Pengetahuan yang dimiliki oleh kedua-dua pendekar itu bukanlah pengetahuan awam yang umum, sebaliknya suatu pengetahuan khusus yang penuh kerahsiaan. Atas sifat pengkhususan dan kerahsiaan itulah mereka menjadi hebat dan tebilang. Maka di sini, sesiapa yang mengetahui lebih banyak rahsia, maka dialah yang lebih hebat kerana ilmunya dikatakan tinggi. Dan pendekar yang menang ialah yang turut mempunyai pengetahuan tentang rahsia kekuatan lawannya.
Analogi di atas membawa kita kepada pemahaman tentang rahsia diri kita sendiri yang asal-usul kejadiannya masih diselubungi dengan berbagai rahsia.
Sebab itulah kita harus berjuang mengenali diri dan memahami rahsia diri, yang tujuannya untuk membina kekuatan serta benteng pertahanan dalam menghadapi ujian-ujian yang Allah Subhana Wata'ala sediakan dalam perjalanan hidup ini. Dan agar kita sampai ke destinasi yang tepat, iaitu kembali kepada asal-usul kejadian.

[ Hantar Komen ]   |  Baca  |   ( 3 / 25 )
Tenaga Redha 
Redha itu suatu bentuk tenaga. Ia bermula dalam diri seseorang. Dia kena redha dulu atas segala ketentuan Tuhan ke atas dirinya. Kemudian dia harus meraih redha daripada ibu, bapa, kaum keluarga, guru, ulama, aulia, anbiya' dan umat. Segalanya itu adalah prasyarat sebelum mendapat redha Tuhan. Apabila redha Tuhan telah berlaku, maka atas anugerahNya, maka terpancarlah Tenaga Redha.

[ Hantar Komen ]   |  Baca  |   ( 2.4 / 10 )
Kesedaran Tertinggi 
Pernahkah anda berada dalam satu keadaan, di mana seolah-olah anda tersedar tentang siapa diri anda dan tanggungjawab anda sebagai seorang makhluk hidup. Anda pun tersedar betapa hebatnya kebesaran Tuhan. Walaupun keadaan itu berlangsung sekali dan seketika sahaja, itulah kesedaran tertinggi anda, dan itulah diri anda yang sebenar.

[ 2 komen ] ( 11 paparan )   |  Baca  |   ( 3 / 5 )

<<Pertama <Sebelumnya | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | Selanjutnya> Terakhir>>