Kasih Sayang itu Keperluan 
Empati itu sebahagian daripada kasih sayang. Kasih sayang pula adalah salah satu keperluan hidup. Sebagaimana manusia memerlukan nasi untuk mempertahankan kehidupan, begitu jugalah kasih sayang diperlukan. Cuma kasih sayang itu jarang disedari sebagai satu keperluan, memandangkan ia bersifat kasat-mata dan untuk kegunaan bukan-jasad. Namun fikiran bawah sedar dan ruh manusia sentiasa tidak lupa bahawa kasih sayang adalah keperluan penting.

Kasih sayang adalah medan tenaga berupa gelombang yang menyebar secara membulat dari dalam diri, ke luar sekeliling luar lingkungan. Dalam dunia nyata, kebakaran besar dapat dipadamkan oleh api bomba. Dalam pertempuran akal dan emosi, api dendam, permusuhan dan amarah dengan tangkas dapat dihancurleburkan oleh limpahan kasih sayang.

Gejala sosial serta salah laku remaja bila diselidiki, sebahagian besarnya berpunca daripada kurang mendapat kasih sayang dan bukannya kurang makanan. Gejala tersebut sering menular menjadi jenayah ganas yang mengancam keharmonian hidup masyarakat. Segalanya berlaku atas ketidaksedaran manusia bahawa kasih sayang adalah sumber penting kekuatan hidup.

[ Hantar Komen ]   |  Baca  |   ( 0 / 0 )

<Sebelumnya | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | Selanjutnya> Terakhir>>